PANTUN

Pantun
Rencana Utama:Pantun
              
    • Perkataan pantun dikatakan berasal daripada perkataan Bahasa Sanskrit paribhasya atau Bahasa Jawa parik yang bererti pari atau peribahasa dalam Bahasa Melayu
    • Antara penulisan klassik Tamil yang mempunyai bentuk pantun telah dikarang antara kurun ke dua hingga kurun ke lima dalam tempoh cankam. Contoh rangkapnya adalah:-

    nilattinum perite vaninum uyarntanru
    nirinum arala vinre carar
    karunkor kurincip pukkontu
    perunte nilaikkum natanotu natpe
    (Tevakulattar: Kuruntokai,

    Terjemahan
    (Besar dari bumi, tinggi dari langit
    Dalam dari laut, dilereng gunung
    (kurunci tangkai gelap mekar - seperti madu
    Besar lagi cintaku bagi Tuanku (lord of the land))

    • Antara persamaan yang boleh dilihat adalah ia menggunakan puisi sebagai gambaran cinta, mempunyai jumlah silables sekata setiap baris, dan pecahan gambaran pada dua baris yang sama.
    • Menurut Dr. Brandsetter pula, perkataan 'pantun' berasal daripada akar kata tun yang boleh dikesan dalam Bahasa Jawa iaitu tuntun, dalam Bahasa Tagalog disebut tonton yang diucapkan dalam aturan yang tertentu.
    • Dalam Bahasa Sunda, pantun bermaksud satu cerita (karangan) panjang berirama yang dinyanyikan dengan iringan muzik. Manakala dalam masyarakat Melayu pula, pantun bererti kuantrain, iaitu puisi yang tersusun dalam struktur empat baris serangkap.
    • Pantun dapat dikelaskan berdasarkan kepada bentuk/struktur, tema/isi, fungsi dan penyebarannya.
    • Daripada pengkelasan inilah maka timbullah apa yang disebut pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dan sebagainya. Dari segi tema pula memunculkan jenis-jenis pantun seperti yang berikut:


             1)  pantun kanak-kanak
             2)  pantun cinta dan kasih sayang
             3)  telatah dan cara hidup masyarakat
             4)  pantun teka-teki
             5)  pantun puji-pujian/sambutan
             6)  pantun nasihat,agama dan adat
             7)  pantun naratif/cerita






    <--KEMBALI KE-->




    0 comments:

    Post a Comment

     
    Copyright 2013 BAHASA MALAYSIA TAHUN 6 . Powered by Blogger
    Blogger Templates created by Deluxe Templates
    Wordpress by Wpthemescreator
    Download Royalty free images without registering at Pixmac.com