NOTA

Puisi Melayu
  • Banyak daripada puisi Melayu tergolong dalam genre tradisional yang muncul dalam zaman sebelum berkembangnya tradisi tulisan pencetakan.
  • Puisi dalam Bahasa Melayu larut dalam jiwa masyarakat Melayu tidak hanya sebagai satu hasil kesenian, tetapi juga mengjangkau alam mistik, berperanan sebagai wadah pemeliharaan adat, pembinaan sahsiah, pengajaran agama, pengajaran ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan kepercayaan. 
  • Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar sejarah mula perkembangan puisi Melayu tradisional. 
  • Berdasarkan kajian oleh ramai sarjana, dapat dikatakan perkembangan puisi Melayu tradisional telah bermula secara bersama dan sezaman dengan perkembangan prosa Melayu tradisional. 
  • Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran banyak genre puisi tradisional dalam karya hikayat dan cerita-cerita rakyat.


Definisi
  • Definisi lama puisi ialah karangan berangkap. Karangan ini terikat kepada bentuknya yang khusus dan tetap, sama ada pada jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap, rimadan irama, dan jumlah suku kata. 
  • Menurut sasterawan negara, Za'ba, puisi ialah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.

Jenis-jenis Puisi Melayu
  • Puisi Melayu termasuk dalam golongan karya kesusasteraan bentuk bukan cerita (non-naratif). 
  • Pengkelasan puisi Melayu boleh dibuat berdasarkan bentuk, isi/tema, dan fungsi.
  • Berdasarkan kepada pengkelasan ini, jenis-jenis puisi Melayu tradisional terbahagi kepada 11 iaitu :
  1.  pantun,
  2.  syair,
  3.  gurindam,
  4.  nazam, 
  5.  seloka,
  6.  teka teki, 
  7.  peribahasa berangkap,
  8.  teromba, 
  9.  talibun(sesomba),
  10.  prosa berirama (prosa lirik), 
  11.  dikir (zikir). 

<--MARI BELAJAR-->

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2013 BAHASA MALAYSIA TAHUN 6 . Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com